Posts

Aku nekad nak kurus sebab semua perempuan tak mahu kawan dengan aku.

Image
Hi... Saya Syamim. Orang panggil saya mim. Saya berasal dari sungai petani kedah. Saya nak cerita dekat korang semua kisah benar yang berlaku kepada saya sendiri. Semua ini berlaku disebabkan oleh saiz badan saya yang besar ni (Korang boleh tengok sendiri gambar saya kat atas ni). Saya selalu kena ejek dengan kawan-kawan dari sekolah lagi. Kata saya macam-macam. Badak sumbu la! Tong drum! Anak gajah! Dan macam-macam lagi lah, malas nak cerita semua. Tu semua time sekolah, ni bila saya dah habis sekolah benda yang sama masih berlaku lagi kepada saya. Saya ni manusia biasa, memang normal la kalau kita suka seseorang kan? Saya pernah suka kat seorang perempuan ni kawan 1 sekolah dulu. Sebenarnya memang dari dulu lagi saya suka dekat dia tapi tak ada keberanian untuk meluahkan. huhu Sampai lah kami habis sekolah, saya memberanikan diri untuk meluahkan perasaan saya kat dia. Bagi saya kalau dia tolak pon takpa sebab sekurang-kurangnya saya dah lega bila meluahkan